Seorang TikToker berkongsi berasa seolah dipanggang selepas terperangkap dalam Tesla miliknya ketika mengemaskini perisian.
Menerusi video yang dikongsi, Brianna Janel menjangkakan kemaskini perisian akan mengambil masa hanya 24 minit berdasarkan jangkaan notifikasi paparan pada skrin.
“Ketika kemas kini, anda akan terperangkap sekiranya berada dalam kabin semasa mengaktifkan kemas kini.
“Jadi saya melakukan itu dan sekarang saya terperangkap di dalam kereta, saya benar-benar berpeluh, peluh menitis dan di dalam kereta saya, ia adalah 103 darjah (39 celsius),” jelasnya.
@brianna__janel Note to self don’t update your car when you’re in it. #teslatok #tesla
Manual pengguna Tesla memberi amaran kepada pemilik bahawa beberapa ciri keselamatan tidak akan berfungsi ketika kemas kini perisian dan memberi amaran untuk tidak membuka pintu atau tingkap ketika kemas kini atau pemilik boleh merosakkan kenderaan.
Bagaimanapun, manual berkenaan tidak menyatakan kerosakkan yang akan terjadi.
“Saya sedikit ketakutan, saya harap saya tidak kehabisan udara. Saya tidak boleh membuka pintu atau tingkap jika tidak, saya berpotensi merosakkan kereta saya,” katanya dalam video.
@brianna__janel Replying to @mm I’M FREE. Thank you for your concerns. Some of you were telling me there was a way I could’ve gotten out but I was afraid to mess up my car. Thats why i said i was stuck lol #tesla #teslatok
Pada video seterusnya, Janel berkongsi memiliki Tesla tersebut sekitar enam tahun namun itu adalah kali pertama dia memutuskan mengemaskini perisian ketika berada dalam kabin.
Apabila mencapai masa 30 minit, dia memutuskan untuk berada dalam kabin kerana tidak mahu merosakkan kenderaan itu, walaupun dia menambah akan membuka pintu sekiranya membahayakan kesihatan.
“Saya berjaya keluar dari kereta saya – lihat, saya berpeluh. Saya benar-benar menitiskan peluh; anda boleh melihatnya di muka saya,” katanya dalam kemas kini video mengenai pengalaman pahitnya.
“Saya baru sahaja terperangkap di dalam kereta kerana ia mengemaskini selama 40 minit, dan suhu dalam kabin 115 darjah (46 celcius).
“Jangan mengemas kininya apabila anda sedang duduk di dalam kereta. Teruskan mengemas kini pada pukul 2 pagi seperti yang saya lakukan dahulu,” nasihatnya.