Seorang pengguna jalan raya berkongsi mendapat bantuan penduduk kampung Cina ketika cuba mengelak kesesakkan trafik di jalan luar bandar dan lebuhraya.
Akaun Facebook Zairul Annuar itu menyatakan penduduk Cina tersebut membaiki jalan tikus berkenaan bagi membolehkan mereka melaluinya di Ladang Bikam.
“Sewaktu menghampiri daerah Ladang Bikam, aplikasi Google Maps (GM) memaklumkan ada kesesakan teruk di hadapan dan bertanya adakah kami mahu menggunakan jalan alternatif.
“Tanpa berfikir, saya langsung setuju kerana melihat jalur merah yang panjang di aplikasi.
Alhamdulillah jalur baru di GM kini menunjukkan warna biru sebagai tanda lancar. Namun kami telah dibawa menggunakan jalan kampung yang akhirnya sampai ke sebuah kawasan perumahan kecil.
“Selepas melewati perumahan itu, kami sampai di jalan yang tidak bertar, masuk ke ladang kelapa sawit yang gelap. Kami melanjutkan juga perjalanan perlahan-lahan. Kelihatan beberapa kereta dari arah bertentangan dan mereka berhenti di samping kami memberitahu jalan di hadapan tak dapat digunakan,” tulisnya.
PENDUDUK MINTA PENGGUNA TERUSKAN PERJALANAN
Justeru itu, pemandu yang melalui laluan tersebut berpatah semula lalu diberhentikan seorang pemuda Cina yang meminta mereka meneruskan perjalanan.
Sekumpulan penduduk kampung tersebut sepakat membaiki laluan yang tidak boleh dilalui bagi melancarkan perjalanan pemandu berkenaan.
“Boss, u mau pigi KL kan? Jangan patah balik. Itu tadi depan u tak boleh jalan kan? Takpa. Kita bawa backhoe kasi repair itu jalan. U tunggu sekejap. Kalau u patah balik pun tak da guna, jalan Ladang Bikam sana jem manyak teruk sebab ada accident.
“Nanti u sudah keluar nanti ini jalan, jangan ikut Ladang Bikam, u ikut jalan Bidor sampai KL” katanya.
Laluan tersebut tidak boleh dilalui kenderaan sedan selain trak pikap kerana permukaan yang berbukit.
“Ini kerja sekejap saja. Jalan ada sikit bukit, susah kereta biasa mau jalan, 4WD saja boleh, now kita kasi rata, so semua orang boleh jalan. Tapi ini jalan takde internet saja la” kata salah seorang pemuda Cina.
Jelas Zairul jarak perjalanan lorong tikus yang melalui ladang kelapa sawit itu sejauh 3km dan akhirnya mereka tiba di Kuala Lumpur pada jam 2 pagi.