Dulu tular doa fulus depan Ka’abah, kini nasibnya kaya raya miliki deretan kereta mewah

733

Seorang jemaah umrah ini tular satu ketika dahulu kerana mengulang-ulang doa fulus (duit) di depan Ka’abah.

Dalam video itu, pemuda asal Nigeria itu sempat ditegur jemaah sebelahnya untuk berdoa masuk surga dan dijauhkan dari siksa neraka. Setelah teguran itu, dia menggantikan doanya. 



“Ya surga, ya fulus, InsyaAllah”, sambil tersenyum.

Nasib pemuda itu kini mengejutkan. Selepas tularnya video itu dua tahun lalu, kini pemuda bernama Mustapha Abdulsalam itu kaya raya.  

Menerusi akaun TikTok @Fulus fulus Du’a, Mustapha menunjukkan barisan kenderaan mewah dimiliki antaranya Mercedes-Benz dan model sedan Lexus.

@userfulusfulusdua

#viral @SAUDIA @قناة السعودية @BBC News @BBC

♬ Playing by Heart – Yanni

Selain itu, pemuda berkenaan juga sering mengerjakan umrah ke Mekah hasil kejayaan perniagaan tukaran wang dollar dan jualan kenderaan serta tinggal di hotel lima bintang.

Bahkan, Mustapha menjelaskan ramai yang menyapanya dengan ucapan ‘fulus’ apabila pertama kali bertemu sehinggakan terlupa mengucapkan salam. 

@kunfeyekunfeya

♬ original sound – feisel abdela

Menurut ceramah Mufti Menk, klip video yang tular itu hanyalah sebahagian daripada doanya. 

“Doa penuh pemuda itu dimulakan dengan memohon keampunan dan belas kasihan, mengurniakan kemampuan menyembah Tuhan, diberikan syurga.

“Ada seseorang sukakan doa lelaki itu dan mendengar dia menangis kepada Allah dan alihkan kamera dan mula merakam. Pada ketika dia merakam, Mustapha sudah pada penghujung doa iaitu meminta fulus,” jelas beliau.

Benar-benar ucapan yang keluar dari mulut adalah doa.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here