MAS batal penerbangan KL-Sabah, Sarawak hari ini

233

Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) membatalkan beberapa penerbangan ke atau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Sabah dan Sarawak hari ini susulan letusan gunung berapi yang berlaku di Gunung Ruang, Indonesia.

Penerbangan yang terlibat adalah MH7420 (Kuala Lumpur – Tawau), MH7421 (Tawau – Kuala Lumpur), MH2612 (Kuala Lumpur – Kota Kinabalu), MH2621 (Kota Kinabalu – Kuala Lumpur), MH2710 (Kuala Lumpur – Sandakan) dan MH2711 (Sandakan – Kuala Lumpur).



MH2610 (Kuala Lumpur – Kota Kinabalu), MH2611 (Kota Kinabalu – Kuala Lumpur), MH7404 (Kuala Lumpur – Kota Kinabalu), MH7405 (Kota Kinabalu – Kuala Lumpur) dan MH2613 (Kota Kinabalu – Kuala Lumpur)

Selain itu, penerbangan yang terjejas dari Kuala Lumpur ke Sarawak atau sebaliknya ialah MH2520 (Kuala Lumpur – Kuching), MH2513 (Kuching – Kuala Lumpur), MH2542 (Kuala Lumpur – Kuching) dan MH2543 (Kuching – Kuala Lumpur).

MH2574 (Kuala Lumpur – Miri), MH2575 (Miri – Kuala Lumpur), MH2742 (Kuala Lumpur – Bintulu) dan MH2473 (Bintulu – Kuala Lumpur).

Pada masa sama, Malaysia Airlines berkata, pihaknya memantau perkembangan dengan lebih teliti dan kemas kini lanjut mengenai pembatalan penerbangan akan disampaikan terus kepada pelanggan yang terjejas.

Menurutnya, Malaysia Airlines akan berusaha untuk menampung penumpang yang terjejas disebabkan pembatalan penerbangan dengan penerbangan alternatif sebaik sahaja keadaan semakin bertambah baik.

“Penumpang diminta untuk mengemaskini maklumat hubungan melalui My Booking supaya pihak Malaysia Airlines menerima kemas kini tepat dari semasa ke semasa melalui e-mel atau mesej.

“Keselamatan penumpang dan anak kapal kami amat penting kepada Malaysia Airlines,” jelasnya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here