Ford F-Series trak paling laris terjual di US untuk tahun ke-48 berturut-turut

47


Trak pikap Ford F-Series sememangnya sinonim dengan negara Amerika Syarikat, dan tidak menghairankan apabila ia dipilih sekali lagi untuk dinobatkan sebagai trak paling laris terjual untuk tahun 2024.

Ini bermakna, trak F-Series berjaya menjuarai carta trak paling laris terjual untuk pasaran Amerika Syarikat bagi tahun ke-48 berturut-turut, dengan lebih 33 juta unit terjual sejak tahun 1977.

Pencapaian ini juga sekaligus menandakan tahun ke-43 sebagai kenderaan paling laris secara keseluruhan di rantau tersebut.





Tiada angka didedahkan, namun berdasarkan rekod jualan bagi suku ketiga tahun lepas, Ford berjaya menjual sebanyak 550,835 unit trak, atau penurunan sebanyak 3.9 peratus.

Sebagai perbandingan, pesaingnya Ram mencatatkan penurunan jualan sebanyak 19 peratus kepada 268,666 unit, manakala Chevrolet Silverado pula naik 0.2 peratus kepada 412,396 unit.

Ford menjelaskan kejayaan model F-Series adalah berdasarkan komitmen syarikat itu menawarkan pelbagai jenis model dengan unit enjin berbeza bagi memenuhi keperluan yang lebih meluas, daripada model petrol, diesel, PowerBoost Hybrid sehinggalah kepada trak pikap elektrik F-150 Lightning.

Untuk makluman, model F-150 bakal menyambut ulang tahun yang ke-50 pada tahun ini.

or the 48th year in a row, Ford F-Series reigns as America’s best-selling truck – with more than 33 million sold since 1977.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here