Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan pembukaan bidaan nombor pendaftaran Pulau Pinang, PRP bermula 9 sehingga 13 Januari (Isnin).
Bagi anda yang berminat boleh membuat bidaan menerusi talianĀ JPJebid dan keputusan akan diumumkan pada 14 Januari (Selasa).
Pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit yang dikeluarkan bank tempatan.
Sekiranya bidaan anda berjaya perlu mendaftarkan nombor plat tersebut dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.