Utama Berita Automotif Tesla Cybertruck meletup depan hotel Donald Trump

Tesla Cybertruck meletup depan hotel Donald Trump

45


Sebuah Tesla Cybertruck meletup dalam kebakaran di luar hotel milik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Las Vegas, semalam.
 
Letupan berkenaan menyebabkan seorang maut sementara tujuh yang lain cedera, menurut pihak berkuasa.
 
Pihak berkuasa menyatakan punca kebakaran dipercayai daripada bunga api, tong gas dan bahan api perkhemahan yang disambung ke sistem letupan yang dikawal oleh pemandu dalam Tesla Cybertruck.
 

Jeremy Schwartz, pemangku ejen khas FBI di Las Vegas menyatakan FBI sedang berusaha mengenalpasti sama ada insiden itu adalah tindakan pengganas.

“Kami percaya ia adalah insiden terpencil dan tidak ada lagi bahaya kepada orang ramai,” katanya. 

Kebakaran kenderaan dilaporkan pada 8.40 pagi dan bomba tiba di lokasi kejadian ketika api sedang membakar Cybertruck, kata Sheriff Las Vegas Kevin McMahill. 





KERETA SEWA 

Trak pikap EV itu merupakan kenderaan sewa dari Colorado dan tiba di Las Vegas pada jam 7.30 pagi. 

Kira-kira sejam kemudian, selepas memandu berulang alik di Las Vegas Boulevard, trak itu berhenti di Hotel Trump dan meletup, kata pihak berkuasa. 

Video kamera litar tertutup menunjukkan pemandu Cybertruck melalui Hotel Trump kira-kira sejam sebelum kereta itu meletup, dan kemudian berpusing kembali dan berhenti di depan hotel yang mana kereta itu meletup beberapa saat kemudian. 

Video yang dikongsi polis semasa sidang media menunjukkan tong petrol hangus dan mortar bunga api di atas pelantar trak yang terbakar teruk.

Polis berkata telah mengenalpasti individu yang menyewa trak namun enggan mendedahkan identiti kerana masih menyiasat pemandu yang maut. 

Kenderaan itu disewa melalui syarikat kereta Turo dan ia adalah kebetulan bahawa trak yang digunakan untuk merempuh orang ramai di New Orleans juga disewa melalui Turo, dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla yang juga penasihat Trump, Elon Musk dalam hantaran di X memaklumkan, letupan tersebut disebabkan oleh bunga api bersaiz besar atau bom yang dibawa di bahagian kargo Cybertruck.
 
Katanya, letupan tidak mempunyai kaitan dengan kenderaan tersebut.
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here