Pesawat C919 lakukan penerbangan sulung Shanghai – Hong Kong

169


Pesawat besar buatan China, C919 berjaya melaksanakan penerbangan sulung kendalian China Eastern Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hongqiao Shanghai ke Hong Kong semalam.

Setiausaha Pengangkutan dan Logistik, Mable Chan menyatakan penerbangan laluan komersial MU721 tersebut sebagai hari yang ‘bersejarah’.

“Ia merupakan perkembangan yang dialu-alukan untuk industri penerbangan China, yang telah bergelut selama beberapa dekad untuk menghasilkan pesawat buatan sendiri.





“Perkhidmatan tersebut sebahagian daripada usaha China untuk mendorong C919 ke pasaran global,” katanya.

Hong Kong menjadi bandar destinasi kesembilan bagi penerbangan komersial pesawat berkenaan. Ia sekali gus memulakan misi pesawat C919 dalam penerbangan komersial laluan setempat.

China Eastern Airlines merupakan pelanggan pertama bagi C919 di dunia. Jumlah tempahannya mencatat 105 buah dan menjadikan syarikat itu mempunyai jumlah pesawat C919 paling banyak di dunia. 

Ia juga merupakan satu lagi kejayaan bagi pengeluar C919, Perbadanan Pesawat Komersial China (Comac) yang dilancarkan di Shanghai pada 2008 dengan matlamat menghasilkan pesawat penumpang yang selamat dan berdaya maju secara komersial.

RANCANG LEBARKAN PERNIAGAAN LUAR CHINA

Pasaran domestik China sedang berkembang pesat. Seorang penganalisis menganggarkan satu daripada setiap lima pesawat baharu akan terbang di ruang udara negara dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Namun, perjalanan masih jauh sebelum C919 boleh menganggap dirinya sebagai pesaing serius kepada Boeing 737 Amerika Syarikat atau Airbus A320 Eropah.

Walaupun begitu, Comac mencapai kemajuan sejak Presiden Xi Jinping melawat ibu pejabat syarikat sedekad lalu yang mana menggesanya menghasilkan jet China moden.

Hong Kong, dengan statusnya sebagai hab penerbangan antarabangsa terkemuka, nampaknya destinasi pertama yang sesuai di luar tanah besar dan cara untuk meningkatkan keterlihatan C919.

Comac merancang meluaskan perniagaan di luar tanah besar. Ia membuka pejabat perkhidmatan pelanggan di Hong Kong dan pejabat Asia-Pasifik di Singapura, pada bulan Oktober.

Ia berharap untuk menerima pensijilan kelayakan udara antarabangsa daripada badan pemerhati keselamatan udara EU pada tahun 2025.

Beberapa penganalisis berkata Asia Tenggara boleh menjadi destinasi seterusnya. TransNusa Indonesia sudah pun menerbangkan jet serantau Comac ARJ21 dan penganalisis menjangkakan lebih banyak pembelian C919 akan muncul dalam radar.

Fasa pembangunan syarikat seterusnya ialah C929 dengan badan lebar untuk penerbangan jarak jauh yang mana penghantaran dijangkakan seawal 2027.

ARTIKEL LAIN

Pesawat pertama China C919 lengkapkan ujian penerbangan, pesaing baharu Boeing dan Airbus

 

 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here