Zontes Malaysia rasmi melancarkan skuter adventure Zontes 368G pada harga RM28,800.
Zontes 368G dikuasakan enjin 368cc silinder tunggal dengan output 38.2hp dan tork 40Nm. Penunggang boleh memilih dua mod tunggangan Sport dan Eco yang menawarkan pengalaman pengendalian dinamik dan kecekapan tenaga.
Pasaran tempatan ditawarkan dengan tiga pilihan warna badan iaitu Iron Grey/Blue, White/Gold dan Golden Stone Green.
Zontes 368G memiliki tangki minyak bersaiz 17.5 liter yang mana lebih besar berbanding skuter biasa dan menawarkan penggunaan minyak 3.5 liter setiap 100km.
Skuter tersebut dilengkapi dengan skrin LCF TFT bersaiz 8-inci dengan empat pilihan latar. Di samping itu, paparan skrin juga boleh disambung ke telefon pintar dan interkom helmet.
Ciri peralatan lain yang ditawarkan antaranya ciri pemanas pada hendal, ruang simpanan bawah pelana bersaiz 52 liter, pengecas Type-C serta tayar dua kegunaan.
Seperti mana model skuter Zontes yang lain, 368G turut boleh dioperasikan menerusi aplikasi ZONTES Intelligent.
Ciri peralatan yang paling menyerlah adalah tawaran kamera resolusi tinggi yang diletakkan di bahagian depan dan belakang.
Ciri keselamatan lain yang didatangkan termasuklah Sistem Pemantauan Angin Tayar (TPMS), Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran.