Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan pembukaan bidaan nombor pendaftaran Pulau Pinang, PRP bermula 2 sehingga 6 Januari (Isnin).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata bidaan berkenaan dibuka melalui sistem JPJeBid.
“Langkah ini bukan sahaja menambah hasil JPJ tetapi juga membuka peluang untuk pemilikan nombor istimewa,” katanya.
Bagi anda yang berminat boleh membuat bidaan menerusi talian JPJebid dan keputusan akan diumumkan pada 14 Januari (Selasa).
Pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit yang dikeluarkan bank tempatan.
Sekiranya bidaan anda berjaya perlu mendaftarkan nombor plat tersebut dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.