BYD jual 4.27 juta kenderaan sepanjang tahun 2024

47


BYD terus mencatatkan prestasi positif sepanjang tahun 2024, dengan jumlah jualan mencecah 4.27 juta unit, atau peningkatan 41.3 peratus berbanding tahun 2023.

Daripada jumlah tersebut, 1,764,992 unit terdiri daripada EV (+12%) dan 2,485,378 unit merupakan kenderaan plug-in hybrid (+78%).

Sepanjang Disember 2024, BYD merekodkan angka jualan 509,440 unit.





BYD dijangka mampu mengatasi Ford dan Honda dari segi angka jualan kumulatif 2024, sekaligus mengukuhkan kedudukan sebagai salah satu pengeluar automotif terbesar di dunia.

Selain daripada itu, BYD juga merupakan pembekal bateri kedua terbesar di China untuk kegunaan syarikat automotif lain termasuklah Toyota, Tesla dan Nio.

 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here