Pengguna Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) kini boleh menggunakan kad debit dan kad kredit Plaza Tol Gombak & Plaza Tol Bentong sebagai salah satu mod pembayaran tol.
Menerusi hantaran Facebook Lebuhraya Pantai Timur, kemudahan tersebut disediakan bermula 30 Disember lalu dan peranti pembayaran yang tersedia adalah Touch n Go dan kad MyDebit-Visa-Mastercard.
“Pastikan masuk ke lorong yang khusus iaitu lorong yang mempunyai logo MyDebit, Visa, dan Mastercard.
“Sila sentuh kad debit atau kad kredit anda pada pembaca kad yang disediakan untuk membuat pembayaran. Kadar tol akan terus ditolak daripada baki kad debit atau dicaj ke dalam kad kredit anda,” tulisnya.