Mdua Motor Sdn Bhd, anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI) melancarkan  jenama motosikal tempatan baharu MODA, yang memfokuskan produk skuter ke seluruh pasaran Malaysia.Â
Sempena pengenalan jenama motosikal nasional itu, MODA memperkenalkan Sporter-S yang dijana oleh enjin 250cc SOHC dengan kuasa 24.8hp @ @ 8,500rpm dan tork 22.5 Nm @ 6,500rpm bersama transmisi CVT.
Kesemua skuter MODA dipasang secara tempatan (CKD) di kemudahan Glenmarie, Shah Alam.Â
Tampil dengan rekaan sporty, Sporter-S juga dilengkapi ciri keselamatan canggih dengan ciri-ciri sebuah sportsbike antaranya sistem brek anti kunci (ABS) dua saluran depan dan belakang serta dan Sistem Kawalan Traksi (TCS) bagi memastikan kestabilan semasa membelok di permukaan mencabar.
Selain itu, ia didatangkan dengan tangki minyak bersaiz 13 liter di samping ruang simpanan bawah pelana yang mampu memuatkan dua helmet bersaiz penuh.
Ia juga dilengkapi beberapa ciri menarik seperti lampu depan ultra-terang LED Matriks, kekunci pintar, ketersambungan tanpa wayar antara peranti telefon dan skrin besar berwarna TFT bersaiz 6.2 inci yang menyokong panggilan serta navigasi penuh.
Spesifikasi MODA Sporter-S
Enjin : 4-Injap, 1-Silinder, SOHC
Sistem Bahan Api : Suntikan Elektronik (BOSCH EFI)
Pengurusan Enjin : Elektronik (BOSCH)
Penghidup : Elektrik
Pencucuhan : Transistor Penuh
Transmisi : CVT
Pensijilan : Euro 4
Kapasiti Enjin : 244cc
Kuasa Maksimum : 24.8hp @ 8500 rpm
Tork Maksimum : 22.5Nm @ 6500 rpm
Sistem Penyejukan Cecair : (Radiator Panasonic)
Brek Depan : ABS 260mm Cakera Terapung Berganda
Brek Belakang : ABS 240mm Cakera Tunggal
Suspensi Depan : Fork terbalik
Suspensi Belakang : Penyerap Hentakan Boleh Laras
Sistem Kunci : Kunci Pintar
Jarak Roda : 1,538mm
Jarak Tanah Minimum : 165 mm
Berat : 186 Kg
Kapasiti Tangki : 13 Liter