Kereta api khas MySawasdee Edisi Penang ke Hatyai sehingga 5 Januari ini

72


Tren khas MySawasdee Edisi Penang memulakan perjalanan sulungnya 29 Disember yang lalu dari Stesen Butterworth ke Hat Yai.

Perkhidmatan tersebut bukan sahaja menghubungkan dua destinasi utama tetapi juga menjadi simbol hubungan erat antara Malaysia dan Thailand.
 
Menurut perkongsian akaun Facebook Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), tren MySawasdee Edisi Penang menawarkan perjalanan harian dari Stesen Butterworth ke Hat Yai sehingga 5 Januari ini.
 
“Laluan ini melalui stesen utama seperti Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar, Arau, dan Padang Besar. Pada hari pertama, KTMB meraikan para penumpang dengan pemberian 200 pek istimewa sebagai tanda penghargaan,” tulisnya.
 

Sementara itu, Ketua Tugas-Tugas Khas (Hal Ehwal Antarabangsa) KTMB, Roshidi Yahaya berkata jualan tiket telah dibuka pada 23 Disember lalu dan sehingga kini, sebanyak 190 tiket terjual.





“Melalui inisiatif ini, KTMB menjangkakan kemasukan pelancong dari Thailand ke Malaysia, yang dijangka memberi manfaat kepada pelancongan domestik serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pendapatan negara. 

“Tiket-tiket untuk tarikh yang lain masih boleh didapati melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS), mesin kios, atau laman sesawang rasmi di www.ktmb.com.my. Setiap perjalanan kita tawarkan 360 tempat duduk untuk satu perjalanan sehala,” katanya kepada Sinar Harian. 

Tambahnya, perkhidmatan khas itu merupakan perkhidmatan percubaan untuk KTMB mendapatkan maklum balas daripada penumpang bagi mengembangkan lagi perkhidmatan ke lokasi tumpuan lain.

Percubaan laluan bertujuan untuk menilai permintaan dan sambutan pengguna terhadap perkhidmatan ini bagi perancangan pelaksanaan kereta api ke beberapa lokasi tumpuan di rangkaian State Railway of Thailand (SRT) pada masa akan datang.

ARTIKEL LAIN

Perjalanan kereta api terpanjang dunia dari Portugal ke Singapura, 21 hari saja

 

 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here