Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Jalan Klang – Teluk Intan di Jeram, Kuala Selangor, Selasa lalu disahkan seorang pegawai kanan polis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis sudah mengambil keterangan pegawai yang bertugas di Bukit Aman itu.
Beliau berkata, ketika kejadian, pegawai berkenaan sedang bercuti dan berdasarkan rakaman video yang tular berkemungkinan pegawai berkenaan mengalami ‘micro sleep’ ketika sedang memandu.