Suspek lelaki yang disyaki terbabit kes rasuah berkaitan pemeriksaan kenderaan berat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Joanne Tan Xin Ying selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan itu di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
Terdahulu, suspek yang lengkap berbaju oren serta tangan bergari tiba mahkamah kira-kira pukul 10 pagi diringi pegawai SPRM.
Turut kelihatan hadir adalah dua orang individu dipercayai ahli keluarga suspek.
Semalam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyerahkan suspek kepada SPRM dan kemudian ditahan sejurus selesai merakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Hasil siasatan awal mendapati suspek disyaki membuat bayaran rasuah berjumlah ratusan ringgit bagi setiap kenderaan yang diperiksa, sebagai balasan untuk meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom.
ARTIKEL LAIN
Salah guna kuasa pemeriksaan Puspakom, JPJ serah kepada SPRM