Ini empat naik taraf yang ditawarkan GR Yaris (2025)

50


Sempena majlis penutup Toyota Gazoo Racing Musim Ke-7, UMW Toyota Motor memperkenalkan GR Yaris, GR Corolla, dan Corolla GR Sport.

GR Yaris (2025) tersedia dalam empat pilihan warna menarik termasuk warna baharu Precious Metal yang dijual pada harga mula RM315,600.

NAIK TARAF OUTPUT DAN SUSPENSI





GR Yaris (2025) menerima penambahbaikan output enjin, rekaan baharu depan/belakang, bentangan kokpit memfokuskan pemandu, naik taraf suspensi dan tawaran warna baharu.

Dengan peningkatan daya saing, Gazoo Racing memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran enjin 1.6 liter DOHC pengecas turbo (G16E-GTS).

Ia kini menghasilkan kuasa 300PS dengan penambahan 39PS dan tork 400Nm (+40Nm) bersama transmisi manual 6-kelajuan dengann sistem GR-Four AWD yang diinspirasikan daripada perlumbaan rali serta legasi Kejohanan Rali Dunia (WRC).

Output baharu itu dicapai melalui naik taraf piston lebih ringan dan injap yang dipertingkatkan. Ini termasuk menggunakan bahan baharu pada injap ekzos.

Selain itu, bagi menampung kuasa baharu enjin pihak Gazoo Racing menaiktaraf pam minyak tekanan tinggi dalam sistem D-4ST.

Terdapat juga paip ekzos yang lebih besar direka untuk mengurangkan tekanan belakang sebanyak 40 peratus. 

Untuk pasaran Malaysia, GR Yaris baharu juga didatangkan dengan pakej penyejukan termasuk sub-radiator, saluran pengambilan udara sejuk, semburan intercooler dan penutup saluran bawah NACA Duct. 

GR Yaris didatangkan dengan mod pemanduan baharu Eco, Normal dan Sports. Sistem GR-Four AWD telah dipertingkatkan dengan mod Gravel baharu dan mod Track yang dikemas kini.

Gazoo Racing juga menyelaraskan komponen suspensi MacPherson (depan) dan double wishbone dengan lengan trailing (belakang). Spring depan dan belakang juga dioptimumkan untuk menjadi lebih kaku. 

REKAAN SEMULA LUARAN DAN KABIN

Bahagian depan GR Yaris direka semula dengan Functional MATRIX Ver.2 memaksimumkan aliran udara dan penyejukan di samping meningkatkan aspek aerodinamik secara menyeluruh.

Manakala bahagian belakang dilengkapi dengan sistem ekzos, diffuser, dan pencahayaan baharu bagi menyerlahkan postur lebar dan rendah.

Menjengah ke dalam kabin, GR Yaris mencerminkan keutamaan kepada pengalaman pemandu, dengan paparan GR Full TFT 12.3 inci dan kokpit ergonomik. 

Kedudukan memandu yang lebih rendah dan perincian berinspirasi perlumbaan seperti tali pinggang keselamatan berwarna merah serta konsol sisi penumpang yang lebih besar lengkap dengan port USB.  

Selain itu, keluasan pandangan pemandu dari roda dipertingkatkan dengan menurunkan hujung atas panel instrumen sebanyak 50mm, mengalihkan kedudukan cermin pandang belakang dan sudut panel kawalan 15 darjah lebih jauh ke arah pemandu.

Beberapa punat kawalan juga telah dialihkan lebih dekat dengan pemandu agar mudah dicapai. Manakala, bahagian penumpang, saiz dulang panel instrumen ditingkatkan yang 
membolehkan pemilik memuatkan meter tambahan atau monitor pemandu.

GR Cat Metallic Gun juga telah digunakan di seluruh kokpit, mengurangkan gangguan
kilauan semburan krom sebelumnya.

CIRI KESELAMATAN

Seperti GR Corolla, GR Yaris baharu juga didatangkan dengan sistem bantuan pemandu terkini yang dikenali sebagai Toyota Safety Sense (TSS).

Dengan generasi ketiga rangkaian keselamatan aktif ini, kemajuan telah dibuat yang meningkatkan fungsi.

TSS3 terdiri daripada Pre-Collision system (PCS) termasuklah Pre-collision Brake Assist buat motosikal dan Pre-collision Brake bagi kenderaan.

Selain itu turut tersedia Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dengan naik taraf tetapan jarak dan kini dipautkan kepada isyarat belok dan fungsi dengan bantuan nyahpecutan.

Tawaran Lane Tracing Assist (LTA) membantu bagi pemanduan jarak jauh. 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here