Utama Berita Automotif Polis temukan rim besi dipercayai milik tayar lori punca tragedi 7 maut

Polis temukan rim besi dipercayai milik tayar lori punca tragedi 7 maut

85


Polis menemukan komponen rim besi yang dipercayai berasal daripada tayar lori yang menjadi punca kemalangan melibatkan lima kenderaan di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada 23 Disember lalu.
 
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata komponen tersebut dikenal pasti semalam di Pusat Pelupusan Sampah di Jalan Solok, Tangkak, Johor.
 
Tujuh termasuk lima sekeluarga maut apabila Toyota Estima dinaiki terlibat dalam kemalangan lima kenderaan termasuk sebuah treler dan bas pelancong di KM204.0 Lebuhraya PLUS arah utara di Melaka, bulan lalu.
Rim besi itu telah diserahkan oleh pihak subkontraktor PROPEL (Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad) kepada polis, dan satu laporan rampasan telah dibuat.
 

“Komponen tersebut akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan bahawa polis sedang giat mengesan tayar yang dipercayai menjadi punca kemalangan berkenaan.
 
Dalam insiden tersebut, tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara.
 
Siasatan awal mendapati, bas persiaran tersebut melanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah, menyebabkan bas itu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan lain.
 
Kejadian itu mengakibatkan lima penumpang MPV serta pemandu dan seorang penumpang bas berkenaan meninggal dunia.
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here