China gesa pengeluar EV hasilkan cip automotif

40


Pengeluaran kenderaan elektrik (EV) China yang melonjak menyumbang kepada peningkatan permintaan cip automotif.

Namun, syarikat domestik kekal bergantung kepada pembekal asing melebihi 90 peratus keperluan mereka, menurut penganalisis dan orang dalam industri.





Pegawai Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Majlis Negara berulang kali menekankan tahap sara diri China yang rendah dalam semikonduktor automotif.

“Pada masa ini, kadar pengeluaran cip automotif di China adalah kurang daripada 10 peratus,” menurut Timbalan Pengarah Institut Komponen dan Bahan di MIIT, Luo Daojun. 

Wang Qing selaku Timbalan Pengarah di Pusat Penyelidikan Pembangunan menjelaskan kebergantungan China pada pembekal luar sangat tinggi iaitu 95 peratus.

“Bagi cip komputer dan kawalan, kadar pengeluaran adalah kurang daripada 1 peratus, manakala bagi cip kuasa dan memori, hanya 8 peratus,” katanya.

GESA PENGELUAR KELUARKAN CIP SENDIRI

Kebergantungan China dalam mengimport cip auto menjadi isu yang lebih mendesak apabila Beijing berusaha menegaskan kepimpinan dalam pasaran EV global di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang memuncak dengan Amerika (AS).

Pada Mei, Nikkei Asia melaporkan kerajaan China menggesa pengeluar kereta negara itu mendapatkan bekalan cip dalam negara sehingga 25 peratus menjelang 2025.

Desakkan itu datang di tengah letusan pertumbuhan EV di China. Sehingga November 2024, China mengeluarkan 11.49 juta EV, peningkatan sebanyak 37.5 peratus tahun ke tahun, menurut data Biro Perangkaan Kebangsaan.

Kenderaan EV menyumbang 40.8 peratus daripada keseluruhan kereta yang dikeluarkan di China. 

Ledakan EV telah menyebabkan permintaan yang meningkat untuk semikonduktor, kerana kenderaan elektrik dan pintar memerlukan lebih banyak cip berbanding kereta enjin pembakaran dalaman (ICE). 

Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM) mengatakan kereta ICE biasanya memerlukan 600 hingga 700 cip setiap kenderaan, manakala EV memerlukan kira-kira 1,600 cip.

Kenderaan pintar pula dilengkapi dengan ciri lebih canggih yang memerlukan sebanyak 3,000 cip.

Ketumpatan cip yang semakin meningkat juga menyebabkan nilai semikonduktor yang lebih tinggi bagi setiap kenderaan.

Presiden di Seres Automobile, He Hao memberitahu kos cip adalah peratusan daripada jumlah kos kenderaan yang akan meningkat daripada 4 peratus pada 2019 kepada 20 peratus menjelang 2030.

Syarikat berkenaan merupakan pengeluar kenderaan yang bekerjasama dengan Huawei Technologies. 

SUKAR PECAH DOMINASI PENGELUAR CIP UTAMA

Infineon Technologies antara pemain utama sektor cip automotif

Walaupun desakan Beijing, sektor automotif China masih jauh untuk mencapai kemerdekaan semikonduktor.

Ini kerana pemain global seperti Infineon Technologies, NXP Semiconductors, STMicroelectronics, Texas Instruments, dan Renesas Electronics terus menguasai pasaran.

Dalam segmen cip termaju, pemain asing mendahului dengan margin yang luas seperti cip kawalan domain pemanduan pintar yang manjadi ‘otak’ kepada pemanduan autonomi. 

Dari Januari hingga September, cip Orin-X Nvidia dan cip FSD Tesla masing-masing menyumbang 37.8 peratus dan 26.7 peratus daripada pasaran pengawal domain pemanduan pintar pra-pasang China, menurut firma penyelidikan industri tempatan Gasgoo.

Firma Amerika Qualcomm mendahului dalam pembekalan cip untuk papan pemuka bagi kabin kenderaan. 

NIO & XPENG MULA KELUARKAN CIP SENDIRI

Xpeng mendedahkan cip Turing AI yang dibangunkan sendiri dan merancang untuk digunakan dalam produk masa depannya, termasuk kereta, kereta terbang dan juga robot.

Saluran media teknologi tempatan melaporkan pembuat kereta China Xpeng dan Nio sedang mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk menggunakan cip Drive Thor Nvidia selepas laporan ia mengalami kelewatan pengeluaran.

Ketika Washington mengetatkan sekatan terhadap industri semikonduktor China, persatuan yang disokong kerajaan pada awal Disember menggesa syarikat domestik, termasuk ahli industri auto, cip dan telekomunikasi menghindari cip buatan AS. 

“Untuk menjaga keselamatan dan kestabilan rantaian industri automotif dan rantaian bekalan (yang luas) persatuan itu mencadangkan agar perusahaan automotif China berhati-hati dalam membeli cip Amerika,” menurut satu kenyataan daripada CAAM.

Di China semakain banyak syarikat termasuklah firma pemula dan pengeluar kenderaan memasuki perlumbaan pembangunan cip.

Sebagai contoh, kedua-dua Nio dan Xpeng mengumumkan bahawa cip pemanduan pintar sendiri telah berjaya dihasilkan dan di peringkat reka bentuk akhir cip baharu.

 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here