Puspakom mengakui pihaknya tidak mempunyai mekanisme khusus untuk mengesan kenderaan perdagangan yang menggunakan alat ganti disewa untuk mendapatkan kelulusan, sewaktu menjalankan pemeriksaan.
Situasi itu jelas Puspakom membuatkan pihaknya tidak boleh mengesan kenderaan yang cuba menipu ketika pemeriksaan.
Sehubungan itu, pihaknya kini sedang mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa termasuk kementerian berkaitan bagi membantu Puspakom menjalankan pemeriksaan dengan lebih jitu dan terperinci.
“Kami tidak dapat mengesan penggunaan komponen kenderaan yang disewa misalnya tayar, brek, pad brek dan sebagainya, kerana ia agak umum.
“Contohnya apabila kita mempersoal mengenai isu tayar, walaupun kami memeriksanya tetapi oleh kerana kerosakan itu berpunca dalam brek berkenaan (gandar), kami tidak mempunyai keupayaan memeriksa bahagian itu.
“Apabila kami memeriksa prestasi brek, kami akan memeriksa keberkesanan brek dan prestasi tayar,” katanya.
Khidmat menukar tayar atau komponen lain untuk lulus pemeriksaan Puspakom yang diiklankan secara terbuka di media sosial menjadi tumpuan selepas tragedi mengorbankan tujuh nyawa di Melaka, 23 Disember lalu.
Seramai tujuh mangsa maut dalam nahas di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh itu dipercayai akibat tayar depan sebuah lori tercabut dan berada di lorong tengah lebuh raya.
Susulan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan Op Mengejut Puspakom serentak di seluruh negara dan mengesan ada kenderaan berat menggunakan tayar celup uzur dan tidak selamat yang berisiko meletup bila-bila masa, hadir pemeriksaan di pusat berkenaan.
ARTIKEL LAIN
Ulang-alik 270km setiap hari pergi kerja, sebulan dua kali tukar tayar motor