Sistem HS-WIM bakal beroperasi suku ketiga tahun ini

43


Sistem “High Speed-Weight in Motion” (HS-WIM) yang dipasang bagi memantau muatan kenderaan berat secara automatik dijangka mula beroperasi suku ketiga tahun ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, Kementerian Pengangkutan telah mengenalpasti 10 lokasi di seluruh negara yang akan dipasang dengan sistem HS-WIM.





“Pelan induk melibatkan penguatkuasaan melalui HS-WIM akan dibangunkan bertujuan memperbanyak pemasangan sistem ini di tempat hot spot, seperti kawasan berisiko tinggi kemalangan dan aliran trafik yang tinggi.

“Saya telah memberikan arahan minggu lepas bahawa kita tidak mahu lagi melengahkan pelaksanaannya sebab tahun lepas kita telah buat bukti konsep dan ia telah pun siap, maka tahun ini mesti mula dengan pemasangan HS-WIM,” katanya

Anthony berkata, pemasangan HS-WIM merupakan satu pendekatan baharu untuk memantau pergerakan kenderaan-kenderaan berat yang melebihi had muatan.

“HS-WIM ini menggunakan teknologi kamera … (kenderaan berat) lalu sahaja di sesuatu kawasan, adanya sensor, kita akan tahu sama ada kenderaan itu melebihi had muatan atau tidak dan kenderaan itu akan dirakamkan kamera.

“Jadi, kita akan tahu waktu kenderaan berat itu lalu di sana pukul berapa, berapa berat muatan, jadi kalau kenderaan lebih muatan, kita boleh keluarkan saman kepada pemilik kenderaan terbabit.

“Berbanding cara sekarang ini sangat manual. Kita kena tahan lori itu dan bawa ke stesen penimbang, baru kita dapat tahu sama ada ia melebihi had muatan atau tidak,” katanya.

 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here