Seorang pemandu Perodua Myvi dirakam menggunakan lorong motosikal di Lebuh Raya Shah Alam – Klang.
Rakaman kejadian itu dikongsi pengguna TikTok @winkrap yang mendakwa ‘King’ tersebut menggunakan lorong berkenaan bermula dari Bukit Jalil.
Kejadian yang berlaku pada 6 Januari lalu itu menunjukkan penunggang tersebut mengekori dari belakang dan pemandu tersebut melepasi beberapa susur keluar.
“Lepas ke tak kau? Boleh tu, rasanya bukan pertama kali kau buat ni. Yakin betul kamu ni. Maju-maju, cuba tinggalkan aku ke. Perlahannya ‘kapcai’ aku, bukan main laju kau tinggalkan aku,” tulisnya pada kapsyen video.
@awinkrapkrap #myviking #kesashighway #CapCut #vmc5907 Haiya King bikin hal lagi! VMC5907 jangan nakal ye.
Bagaimanapun, Myvi tersebut terserempak dengan kakitangan Kesas yang kebetulan melalui lorong kenderaan di bahagian kanan.
“Hah staf Kesas sampai tu. Macam nak tahan dia tu. ‘Layan’ sampai ‘exit’ Klang Lama. Tahan jangan bagi dia terlepas, staf kesas tahan ‘king’ (Myvi),” katanya pada kapsyen video.
Perakam video juga menyatakan kakitangan lebuh raya tersebut menyoal tindakan pemandu Myvi tersebut.
“Staff kesas tanya dia mengapa guna jalan motosikal, pastu saya nampak dia tunjuk phone.
“Aku bagi tahu staff tu dia masuk dari Bukit Jalil, pastu gerak dah, biar mereka settle sendiri,” tulisnya di bahagian komen.
Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang mengandaikan pemandu tersebut berkemungkinan tersilap lorong dan tidak menyedari pada hari kejadian dia menaiki kereta bukannya menunggang motosikal.
ARTIKEL LAIN
Pakar: Tambah lorong motosikal, mampu kurangkan kemalangan sehingga 40 peratus