Tujuh mangsa terselamat dalam kejadian lori tangki terbalik sebelum terbakar yang turut melibatkan dua kenderaan lain, di Pasir Penambang, Kuala Selangor, petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kemalangan melibatkan lima orang dewasa dan dua kanak-kanak.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.19 petang sebelum anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori tangki membawa minyak sawit yang terbakar 80 peratus.
“Dua lagi kenderaan yang terlibat adalah sebuah kenderaan MPV jenis Toyota Alphard terbakar 20 peratus dan sebuah kenderaan jenis Proton Saga terbakar 90 peratus,” katanya,
Tambah Ahmad Mukhlis, pemandu lori tangki tersebut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan leher. Manakala dua mangsa lelaki dewasa yang menaiki Alphard cedera ringan.
Turut menaiki kenderaan sama seorang mangsa perempuan dan dua kanak-kanak masing-masing lelaki dan perempuan terselamat.
Bagi pemandu Proton Saga, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan. Kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk mendapatkan rawatan.
@utusantvofficial 6 JAN 25: Lori tangki membawa sawit terbakar 80%, Toyota Alphard terbakar 20% serta Proton Saga terbakar 90%. Kejadian di Jalan Besar, Pasir Penambang, Kuala Selangor, pukul 6.32 petang tadi. Video Tular: DM Kredit. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #Kualaselangor ♬ original sound – UtusanTV