Toyota tidak terlepas daripada kritikan peminat roda empat susulan tawaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang tidak serancak pengeluar lain.
Pasaran tempatan misalnya, tiada BEV ditawarkan setakat ini, bukan sekadar di Malaysia bahkan negara luar juga.
Ia bukanlah bermakna tiada langsung tawaran produk BEV, Â Toyota ada menjual model BEV bZ4X namun hanya di pasaran terpilih.
Bahkan, Toyota juga menjual kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) iaitu Mirai dan Crown Sedan.Â
Di Amerika Syarikat (AS) yang merupakan pasaran kereta kedua terbesar dunia, Toyota menawarkan pelbagai produk kenderaan elektrik hibrid (HEV) bermula dari Prius sehingga trak pikap besar Tundra.
Ini bermakna Toyota berpegang kepada strategi multipathway (pelbagai laluan) untuk elektrifikasi. Disebabkan itu, ia memiliki pelbagai rangkaian kuasa elektrik.
Sebagai pengeluar kereta terbesar dengan jualan produk dari hujung dunia ke hujung dunia, Toyota hanya bersikap realistik kerana perlu memenuhi citarasa dan keperluan pelbagai peringkat pelanggan serata dunia.
Rencana Toyota di Australia menampakkan hasil yang mana tahun lalu ia menjual 118,081 unit HEV dengan peningkatan 45,997 unit berbanding 2023 atau lonjakan 63.8 peratus!.
Salah satu penyumpang adalah RAV4 yang diserahkan pada Disember 2024 dan kenderaan hibrid Toyota yang ke-500,000 di Australia.
Ia merupakan kali pertama kereta hibrid melepasi jualan enam angka dari sebuah jenama malah keseluruhan industri dalam tempoh setahun.
Jualan Toyota pada 2024 adalah sebanyak 241,296 unit berbanding 238,983 unit pada 2023. Jenama itu kekal menguasai pasaran Australia dan tahun ke-22 berturut-turut.
HEV mewakili 49 peratus jualan Toyota tahun lalu dan rekod baharu selepas 33.5 peratus pada 2023.
RAV4 merupakan model HEV terlaris di Australia dan tahun kedua-dua berturut menjuarai carta.
Jualan pada 2024 sebanyak 55,902 unit atau lebih sekali ganda daripada 25,666 unit pada 2023.
Sebagai kenderaan hibrid terlaris, jualan keseluruhan RAV4 mencecah 167,776 unit yang dicapai dalam tempoh tidak sampai enam tahun.
RAV4 mewakili satu pertiga daripada 505,252 unit HEV Toyota sejak Prius tiba di Australia pada Oktober 2001.Â
Rekod jualan juga menunjukkan populariti hibrid yang semakin meningkat berbanding dahulu.
Data yang dikongsikan membuktikan keberkesanan Toyota di dalam strategi multipathway dan penawaran dilakukan secara bertahap.
Diharapkan pengguna tidak menunggu lama kerana jualan BEV dari jenama lain turut menghakis pasaran sedia ada termasuk pembinaan jenama dari pesaing yang semakin kukuh.Â
Jualan kenderaan hibrid Toyota di Australia pada 2024:
- RAV4: 55,902
- Corolla: 19,460
- Camry: 14,475
- Kluger: 8,212
- Yaris Cross: 7,870
- Corolla Cross: 7,727
- C-HR: 2,824
- Yaris: 1,142
- Tundra (hibrid 1 motor):469
- Jumlah: 118,081 unit
Jualan keseluruhan kenderaan hibrid Toyota di Australia pada 2024:
- RAV4: 167,776
- Camry: 113,898
- Corolla: 100,394
- Kluger: 28,576
- Yaris Cross: 24,560
- Prius: 20,866
- Corolla Cross: 15,445
- C-HR: 14,918
- Prius c: 9,758
- Prius v: 5,342
- Yaris: 3,230
- Tundra: 489
- Jumlah: 505,252 unit