Seorang pengusaha kereta sewa di Sabah berkongsi mengalami kerugian apabila salah seorang pelanggan mengggunakan kereta miliknya untuk mengangkut kelapa sawit.
Menerusi perkongsian Facebook Salvisteh Sal, kereta sewa Perodua Axia miliknya dihantar dalam keadaan kotor dan rosak.
Bahagian kabin dipenuhi dengan buah sawit dan lumpur serta lampu indikator enjin menyala. Selain dipenuhi lumpur, bampar Axia berkenaan juga pecah serta tayar dalam keadaan botak.
Pada video itu, Salvisteh Sal menyatakan pelanggan berkenaan tidak bertanggungjawab kerana meninggalkan kereta tanpa bertemu dengannya.
“Kita sudah bagi sewa untuk kemudahan diaorang, ini pula diaorang buat.
“Sudah bawa bincang tapi penyewa block terus tidak mahu ganti rugi,” jelasnya.
Bahkan, dia juga sudah membuat laporan polis susulan pelanggan tersebut melarikan diri dan enggan memberi kerjasama.
“Masa ambil kereta pun penyewa tiada dan penyewa melarikan diri, lama juga tunggu tapi penyewa tidak bagi kerjasama,” jelasnya di bahagian komen.
Hantaran yang dikongsi Disember lalu itu turut menunjukkan penyewa berkenaan meninggalkan peralatan seperti sabit, tombak dan parang dalam kenderaan tersebut.