Proton jual 152,352 unit kenderaan tahun lalu

34


Proton berada di tangga kedua jualan keseluruhan kenderaan tahun lalu dengan rekod 152,352 unit (domestik dan eksport). 

Sebagai perbandingan, pada 2023 Proton menjual sebanyak 164,611 unit kenderaan yang menyaksikan penurunan 1.5 peratus.





Ini adalah tahun keenam berturut-turut syarikat mencapai kedudukan kedua dalam carta,
memberikannya asas kukuh untuk menghadapi persaingan pada 2025.

Disember tahun lalu, Proton merekodkan jualan 14,601 unit dengan peningkatan sebanyak 19.7 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Ia merupakan jualan kedua tertinggi pada 2024 yang dibantu dengan kenderaan eksport dengan 1,113 unit.

SAGA KEKAL MODEL TERLARIS

Model popular Saga mendahului jualan dengan catatan jualan 72,769 unit pada 2024 dengan peningkatan sebanyak 3.7 peratus berbanding 2023. 

Jualan kedua tertinggi adalah X50 dengan rekod jualan 23,647 unit diikuti S70 (19,182); Persona (18,853); X70 (8,992); Iriz (5,113); X90 (3,553) dan Exora (243).

Sementara itu, tahun lalu juga menyaksikan peralihan Proton ke segmen kereta elektrik (EV) dengan pelancaran model pertama e.MAS 7.

Proton juga merupakan pengimport dan pengedar untuk model Smart Automobile melalui anak syarikatnya PRO-NET dan tahun lalu sebanyak 622 unit Smart #1 dan #3 telah dijual. 

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata 2024 merupakan tahun cemerlang buat Proton.

“Dengan TIV yang melepasi 800,000 unit untuk pertama kali, kami berbangga dapat mengekalkan kedudukan sebagai jenama automotif kedua paling popular di Malaysia, meraih 18.7 peratus bahagian pasaran,” katanya. 

Jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk 2024 dianggarkan mencapai 813,521 unit, menandakan tahun kedua berturut-turut rekod jualan automotif untuk Malaysia, dan bahagian pasaran Proton untuk tahun ini dianggarkan pada 18.7 peratus. 

Manakala bagi kenderaan eksport, Proton merekodkan peningkatan jualan sebanyak 31 peratus berbanding 2023. Jumlah keseluruhan eksport untuk tahun lalu sebanyak 4,765 unit.

Mesir menjadi destinasi eksport utama dengan jumlah kenderaan 1,748 unit tahun lalu diikuti Brunei dengan 1,200 unit kenderaan.

ARTIKEL LAIN

“Dah cuba semua MPV, tak boleh tanding Exora,” pemilik Exora CFE terbakar

 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here