Perodua catat pengeluaran tertinggi sepanjang 30 tahun pada 2024

38


Perodua mencatat jualan sebanyak 358,102 unit kenderaan bagi tahun 2024, iaitu rekod pendaftaran tertinggi dengan peningkatan sebanyak 8.4 peratus mengatasi pencapaian pada 2023 iaitu 330,325 unit kenderaan.

Bagi aspek pengeluaran, Perodua mengeluarkan 368,100 kenderaan pada 2024, yang juga jumlah pengeluaran tertinggi sepanjang 30 tahun operasi jualannya, dengan peningkatan sebanyak 7.2 peratus daripada 343,400 yang dicatatkan pada 2023.





Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata pihaknya mengatasi kapasiti asal sebanyak 320,000 unit dan menunjukkan penyelarasan yang dilaksanakan secara dinamik dalam memenuhi objektif bersama.

Menurutnya, pencapaian itu menunjukkan potensi sebenar dan akan menjadi penanda aras bagi industri untuk tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.

Selain itu beliau berkata, berhubung prestasi industri, pihaknya menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan melebihi 814,000 unit kenderaan bagi 2024 dan daripada jumlah itu, 44 peratus disumbangkan oleh Perodua.

Bagi aspek selepas jualan, Perodua menyaksikan peningkatan sebanyak 9.7 peratus untuk jumlah kereta yang diselenggara kepada 3.4 juta berbanding 3.1 juta pada 2023.

 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here