Lori tangki minyak terbakar langgar treler, pemandu melecur

95

Pemandu lori tangki minyak sawit melecur di bahagian muka dan badan selepas kenderaannya terbakar di KM199.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, Alor Gajah, petang tadi. 

Kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu turut melibatkan BMW Z4 yang musnah terbakar dan pemandu lori berusia 42 tahun melecur kira-kira 40 peratus. 

Honda

Pemandu Z4 yang juga pengurus kilang, Tan Hong Ta, 36, dari Johor Baharu berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur, namun setiba di lokasi kejadian dia mengalami tayar pancit dan menunggu lebih sejam untuk bantuan lori tunda.

Menurutnya, ketika lori tunda tiba dan mahu masuk ke susur lorong kecemasan untuk menunda keretanya, sebuah lori tangki merempuh sebuah treler yang berada di bahagian belakang lori tunda tersebut.

“Akibat rempuhan itu saya nampak lori tangki itu terbabas ke arah kereta saya dan terdengar beberapa kali bunyi letupan sebelum kereta saya turut terbakar dalam kejadian itu.

“Saya terpaksa berlari kira-kira 100 meter untuk menyelamatkan diri dan kejadian berlaku begitu pantas, tiba-tiba saya nampak dua kenderaan terbakar,” katanya. 

Sementara itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK l), Mohd Sany Sahari berkata, setiba di lokasi pihaknya mendapati terdapat seorang mangsa mengalami kecederaan.

Menurutnya, pasukan bomba segera bertindak mengawal serta memadam kebakaran menggunakan satu aliran hos air tangki jentera dan water tanker.

“Mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Alor Gajah menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Ayer Keroh,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here