Honda Civic facelift rasmi lancar, harga mula RM133,900

45
Honda Civic facelift (2025) generasi ke-11 rasmi dilancarkan di Malaysia menerusi empat pilihan varian :
 
  • E : RM133,900
  • V : RM144,900
  • RS Petrol : RM144,900
  • RS e:HEV : RM167,900

Generasi Civic FE itu menawarkan dua pilihan enjin utama iaitu :

1.5L VTEC Turbo : Enjin 1,498cc turbo empat silinder sebaris menghasilkan kuasa 182hp @ 6,000rpm dan tork 240Nm @ 1,700 rpm – 4,500 rpm bersama transmisi CVT.

Honda

2.0L e:HEV : Enjin 1,993cc aspirasi semula jadi menghasilkan kuasa 143PS @ 6,000rpm dan tork 189Nm @ 4,500rpm dan motor elektrik (184 PS / 315 Nm).

Civic facelift berkenaan memiliki panjang 4,681mm yang mana lebih panjang 3mm berbanding versi sebelumnya. Sementara dimensi lebar adalah 1,802 mm dan tinggi (1,415 mm) serta jarak roda (2,735 mm). 

PERUBAHAN REKA BENTUK LUARAN

Honda Civic generasi ke-11 didatangkan dengan reka bentuk yang menyerlahkan garis badan lebih tajam dan aerodinamik.

Varian e:HEV dan peterol didatangkan dengan reka bentuk semula gril sarang lebah heksagon dan salur udara sisi yang lebih nipis sekaligus memberikan penampilan lebih anggun. 

Perumah lampu belakang bagi kedua-dua varian menerima kemasan lebih gelap memberikan sentuhan moden yang memperkuatkan identiti premium Civic.

Manakala varian e:HEV menerima rekaan rim baharu bersaiz 18-inci, spoiler dan bampar depan warna badan, gril hitam berkilat serta pemegang pintu krom dan hitam.

Pilihan rim aloi hitam kusam bersaiz 18 inci baharu menambah tarikan visual untuk varian e:HEV RS.

Petrol RS pula menerima kemasan hitam berkilat pada spoiler dan bampar depan serta pemegang pintu.

KABIN DILENGKAPI BINAAN DALAM GOOGLE 

Honda turut menawarkan naik taraf pada sedan segmen-C berkenaan yang mana kesemua varian didatangkan dengan skrin audio bersaiz 9-inci dengan paparan antara muka dipertingkatkan serta binaan dalam Google.

Ciri peralatan standard lain yang ditawarkan termasuklah ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas USB jenis C dan pengelap cermin automatik.

Manakala pengecas telefon tanpa wayar ditawarkan pada varian e:HEV RS dan petrol RS. Varian e:HEV RS juga dilengkapi dengan meter panel LCD definisi penuh 10.2 inci dan LCD warna penuh saiz 7-inci bagi petrol. 

Selain itu, versi e:HEV didatangkan dengan mod pemanduan baharu Individual di samping Sport, Normal dan Econ

CIRI KESELAMATAN

Kini kesemua varian Civic (2025) didatangkan dengan Honda Connect menerusi penambahbaikan empat fungsi iaitu kawalan jauh lampu dan hon, langganan dan bayaran, notifikasi panggilan semula dan personal data wipe. 

Bukan itu saja, Honda Sensing turut ditawarkan pada semua varian dengan naik taraf Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS), Kawalan Kruise Adaptif dengan low speed follow  (ACC dengan LSF), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS).

 

 
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here