Hebat di pasaran tempatan, bagaimana sambutan Omoda di negara maju UK?

31

Pencapaian kenderaan jenama China di pasaran tempatan membanggakan. Chery misalnya meraih jualan sebanyak 19,867 unit kenderaan pada 2024.

Kedudukan itu meletakkan Chery di tempat kelima jenama terlaris dan menariknya mengatasi jenama Jepun yang sudah lama bertapak di dalam negara.

Honda

Di dalam senarai kenderaan elektrik (EV), Chery berada di tempat kesembilan dengan jualan sebanyak 553 unit. 

Di peringkat global Kumpulan Chery mencatatkan jualan sebanyak 2.6 juta unit termasuk 1.14 juta unit di luar China.

Berbekalkan jualan di luar yang tinggi, bagaimana prestasi Chery di negara maju seperti di United Kingdom (UK)? 

Pengguna di sana mempunyai pelbagai pilihan selain piawaian kenderaan dan ujian pelanggaran yang ketat. Selain itu, EV China juga dikenakan tarif cukai baharu.

OMODA 5 pertama didaftarkan di UK

Untuk makluman, Chery diwakili Omoda & Jaecoo atau digabungkan sebagai OMODA&JAECOO di UK. Kedua-dua jenama tersebut berbunyi antarabangsa.

Berbekalkan dua model iaitu OMODA 5 dan EV OMODA E5, syarikat berjaya mendaftarkan 3,838 unit kenderaan pada 2024.

OMODA 5 menguasai jualan dengan 78 peratus atau 2,997 unit dan baki 841 unit dimiliki E5. 

Jumlah tersebut jauh lebih kecil daripada jualan keseluruhan kereta di UK sebanyak 1,952,778 unit namun OMODA&JAECOO baru dilancarkan secara rasmi pada 30 Ogos 2024.

Satu lagi perkembangan menarik, OMODA&JAECOO kini mempunyai 71 pengedar di UK dan satu pertumbuhan yang pantas. Jumlah model yang ditawarkan juga akan bertambah.

Di sebalik pengeluar menawarkan pelbagai kenderaan elektrifikasi, OMODA 5 digerakkan enjin 1.6 liter turbo berkuasa 187 bhp. 

Bahagian dalam OMODA 5 dilengkapi dua skrin resolusi tinggi 10.25 inci, lampu dalaman pelbagai warna dan pengecas telefon tanpa wayar.

OMODA 5 menerima skor lima bintang Euro NCAP pada 2022 dan model UK dilengkapi pelbagai teknologi bantuan pemanduan.

Harga di UK bermula daripada 25,235 pound (RM140,266).

EV OMODA E5 dibekalkan motor elektrik berkuasa 150 kW (204 bhp) dan bateri bilah (blade) 61 kWj.

Jarak pemanduan sehingga 414 kilometer (km). Pengecasan pantas dari 30 sehingga 80 peratus memerlukan 28 minit.

Harga E5 bermula daripada 33,055 pound (RM183,788).

Pada tahun ini pengguna di UK bakal dihidangkan lebih banyak model seperti OMODA 9, OMODA 7 dan JAECOO 5.

Tempahan untuk model premium JAECOO 7 sudah pun dibuka dan ditawarkan dalam versi petrol dan hibrid plug-in.

Memasuki pasaran UK bukan sahaja perlu mempunyai pakej berdaya saing tetapi juga dinamika pemanduan. 

Model-model OMODA&JAECOO menjalani program penalaan di pusat R&D syarikat di Raunheim, Jerman bagi menawarkan pengalaman pemanduan terbaik buat pemandu di UK.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here