MForce Bike Holdings rasmi memperkenalkan SYM Husky 300 ke pasaran tempatan pada harga RM23,888.
Hadir dalam tiga warna iaitu White, Space Grey dan Matte Black, model ini menawarkan gabungan reka bentuk moden, teknologi canggih dan ciri keselamatan terkini.
Ia menggunakan enjin 278cc silinder tunggal SOHC penyejukkan cecair yang menghasilkan kuasa 25.5bhp @ 8,000rpm dan tork 26Nm @ 6,000rpm bersama kotak gear CVT.
Husky ADV 300 dilengkapi dengan tayar bersaiz 120/70 R15 di depan dan 140/70 R14 di belakang.
Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork teleskopik di depan dan penyerap hentak berkembar di belakang.
Bagi menghentikan mahupun memperlahankan motosikal, SYM memilih cakera brek tunggal di depan dan belakang bersama Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran.
Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah panel instrumen TFT 7-inci, soket pengecas USB jenis A dan C, kunci pintar, lampu depan projektor LED bentuk V, tangki minyak bersaiz 16 inci, visor boleh laras secara manual dan kawalan traksi.
Skuter tersebut memiliki panjang keseluruhan 2,185mm, lebar 810mm dan tinggi 1,325mm, dengan jarak roda 1,510mm.
Berat hanya 138kg, menjadikan Husky 300 mudah dikendalikan untuk perjalanan di bandar mahupun jarak jauh.
Husky 300 kini boleh didapati di semua pengedar sah SYM di seluruh Malaysia. Setiap pembelian disertakan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km.