Morbidelli T1002VX rasmi lancar, harga RM53,888

34

MForce Bike Holdings memperkenalkan Morbidelli T1002VX ke pasaran tempatan pada harga pengenalan RM48,800 bagi 200 pembeli terawal.

Selepas itu, jentera adventure berkenaan akan dijual pada harga asal RM53,888 seunit. Ia boleh didapati di kesemua wakil jualan Mforce yang sah, T1002VX didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Honda

T1002VX dikuasakan oleh enjin 997cc V-berkembar, 4-lejang, penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa 65 kW @ 7,500rpm dan tork maksimum 89Nm @ 5,250rpm.

Berikut ciri peralatan yang didatangkan pada Morbidelli T1002VX :

  • Kuasa motosikal ini disokong oleh bateri 12V14Ah, yang memudahkan motosikal dihidupkan melalui penghidup elektrik.
  • Menggunakan brek cakera berkembar dan kaliper J.Juan 4-piston (depan) dan cakera tunggal dan kaliper J.Juan satu piston (belakang) bersama Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran.
  • Tayar depan bersaiz 120/70 R19 dan tayar belakang 170/60 R17, memberikan kestabilan dan cengkaman yang mantap.
  • Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi fork terbalik (depan) boleh laras dan monoshock (belakang) boleh laras.
  • Peralatan lain yang didatangkan termasuk tangki minyak 20 liter, butang kecemasan, pelindung tangan MBP, port pengecasan USB Jenis A dan C serta kruise automatik.
  • Paparan meter TFT memaparkan maklumat penting seperti empat mod tunggangan dan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).
  • Turut tersedia tiga ruang bagasi iaitu kotak atas (50 liter) dan dua kotak sisi (masing-masing 42 liter dan 36 liter).
  • Morbidelli turut menerbitkan aplikasi khas bagi pengguna motosikalnya iaitu MBP Connect yang membolehkan pengguna mendapatkan akses kepada informasi motosikal misalnya baki minyak, kelajuan motor, rekod penyelenggaraan dan servis serta fungsi navigasi.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here