Populariti VW Golf GTI, Golf R manual meningkat sebelum jualan ditamatkan

10

Volkswagen mengemaskini model hatchback Golf Mk8 untuk model tahun 2025 dengan membawakan beberapa perubahan yang signifikan, termasuklah menamatkan penawaran model GTI dan R bertransmisi manual.

Sayang sekali apabila teknologi penukaran gear sendiri itu kini tidak lagi tersedia untuk Golf GTI dan Golf R Mk8.5.

Honda

Namun begitu, beberapa bulan sebelum model tersebut dihentikan jualannya, VW melaporkan peningkatan jualan sebanyak 48.6 peratus untuk model GTI, dan 29.6 peratus untuk model Golf R.

Lebih mengejutkan apabila 41 peratus daripada model Golf GTI terdiri daripada varian manual dengan peningkatan jualan sebanyak 38 peratus, diikuti 52 peratus untuk model Golf R (naik 45 peratus).

Antara punca dan sebab kenapa model hot hatch bertransmisi manual itu ditamatkan penjualannya ialah tidak ramai pelanggan yang berminat untuk menukar gear menggunakan klac kaki.

Jadi, adalah lebih mudah bagi VW untuk terus menghentikan penawaran model tersebut.

Selain itu, adalah sukar untuk VW terus melabur bagi memastikan model Golf bertransmisi manual memenuhi piawaian emisi Euro 7 yang lebih ketat.

Namun usah risau, kerana masih lagi wujud pengeluar kereta berprestasi tinggi yang setia menawarkan model pantas manual untuk dinikmati golongan petrolhead.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here