Toyota Hilux hanyut, pemandu panjat bumbung selamatkan diri

12

Tindakan seorang lelaki yang cuba menyeberang sungai di jalan konkrit untuk pulang ke rumah nyaris meragut nyawa apabila Toyota Hilux yang dipandunya hanyut dibawa arus deras di Kampung Sungai Simpangan, Kota Marudu, petang tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 20-an bertindak memanjat bumbung kereta sebelum diselamatkan pasukan bomba.

Honda

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.20 petang.

Seramai lapan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 12km dari BBP Kota Marudu.

“Menurut laporan terdapat sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux Vigo hanyut dibawa arus deras semasa lelaki tersebut untuk menyeberang jalan konkrit di sungai.

“Mangsa cuba keluar sendiri dari kenderaan dan berjaya menyelamatkan diri daripada terus hanyut. Ketika pasukan bomba tiba, mangsa berada di atas bumbung kereta tersebut,” katanya.

Tambah beliau, operasi membantu mangsa segera dilakukan di mana kedalaman sungai ketika itu berada di paras sekitar tiga meter.

“Operasi menyelamatkan mangsa terpaksa menggunakan tali kerana keadaan arus yang deras dan sukar untuk pasukan bomba menyeberang sungai tersebut.

“Mangsa berjaya diselamatkan dan seterusnya di bawa ke tempat selamat,” katanya.

ARTIKEL LAIN

Tiga bulan hanyut di lautan pasifik bersama anjing, Tim ditemui anak kapal pukat tuna

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here