HLYM rasmi lancar Yamaha NMAX ABS, harga RM11,498

81

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) rasmi melancarkan Yamaha NMAX ABS dua saluran ke pasaran tempatan pada harga RM11,498 seunit.

Skuter maxi berkenaan didatangkan dengan dua pilihan warna badan iaitu Magma Black dan Sky Blue.

Honda

Bahagian mekanikal masih masa menggunakan enjin 155cc SOHC silinder tunggal, VVA yang menawarkan kuasa 15.1hp @ 8,000rpm dan tork 13.9Nm @ 6,000rpm bersama transmisi CVT. 

Berikut penambahbaikan yang ditawarkan pada Yamaha NMAX (2025) :

  • Sistem suspensi ditingkatkan menerusi penyerap belakang lebih baik untuk tunggangan yang lebih selesa. 
  • Sistem kunci pintar ‘keyless’ dilengkapi dengan ciri sistem ‘Answer Back’ yang memudahkan pemilik mencari motosikla di ruangan parkir.
  • Kini didatangkan dengan Kawalan Traksi.
  • Ruang simpanan bawah pelana ditingkatkan menjadi  25 liter berbanding 23.3 liter sebelumnya. 
  • Tawaran USB jenis C yang memudahkan pemilik mengecas telefon terutamanya perjalanan jauh.
  • Rekaan lampu depan baharu yang lebih moden dan mewah serta dilengkapi dua projektor LED.
  • Manakala lampu belakang LED baharu dilengkapi dengan ‘flasher’ LED menampilkan gaya lebih dinamik.
  • Menggunakan skrin LCD, tetapi dengan rekaan paparan baharu dengan ketersambungan Y-Connect. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here