Bajaj Auto lancar Pulsar RS 200, harga RM9,577

30

Bajaj Auto memperkenalkan kemas kini Pulsar RS200 dan tiga warna badan baharu Pearl Metallic White, Glossy Racing Red dan Active Black Satin.

Pilihan warna badan Glossy Racing Red dan Pearl Metallic White menggabungkan warna putih, merah dan hitam sementara Active Black memiliki tema dua tona warna hitam dan putih.

Honda

Bajaj turut memperkenalkan konsol instrumen baharu dengan ketersambungan telefon pintar yang membolehkan akses kepada navigasi turn by turn serta notifikasi panggilan dan mesej.

Selain itu, sportbike berkenaan turut menerima rekaan baharu lampu belakang dengan gabungan signal dan lampu brek.

Bajaj Pulsar RS200 dikuasakan enjin 199cc silinder tunggal yang menghasilkan kuasa 24.13bhp dan tork 18.74Nm bersama kotak gear 6-kelajuan.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang serta brek cakera tunggal dan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran.

Dengan penambahbaikan tersebut Bajaj Pulsar RS 200 dijual pada harga Rs 1.84 lakh (RM9,577) iaitu peningkatan RS 10,000 (RM520) berbanding model sebelumnya. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here