[Video] Polis saman pemandu Yangwang U9 buat aksi menari di jalan raya

40

BYD memasarkan suspensi Disus-X di China menerusi model supercar Yangwang U9 tahun lalu.

Pengeluar kereta yang berpangkalan di Shenzhen itu menunjukkan suspensi berkenaan membolehkan kereta melakukan aksi menari, melompat melepasi halangan jalan raya atau memandu dengan tiga roda.

Honda

Bagaimanapun, pemasaran tersebut memakan diri kepada pemilik apabila mereka menggunakan fungsi berkenaan di jalan raya.

Baru-baru ini video di media sosial menunjukkan sekumpulan Yangwang U9 membuat persembahan menari di jalan raya dengan muzik yang kuat dan menarik perhatian pejalan kaki. 

Turut boleh didengar dengan jelas siren polis dan pemandu supercar berkenaan masih meneruskan persembahan sehingga kereta polis menghampiri.

Selepas itu, pemandu beredar dari lokasi. Namun, pengguna media sosial lain kemudiannya berkongsi imej U9 yang diparkir dan disaman pihak polis kerana menghalang lalu lintas.

Kejadian sedemikian bukanlah baru melibatkan jenama Yangwang. Sebelum ini, ratusan video pemandu SUV Yangwang U8 memandu merentasi sungai dengan tingkap terbuka membanjiri media sosial China.

Walaupun SUV itu memiliki mod terapung, BYD memberi amaran fungsi tersebut digunakan ketika kecemasan dan ia perlu dihantar ke pusat servis selepas mod itu diaktifkan.

Yangwang adalah sebahagian daripada usaha BYD untuk bergerak ke pasaran kelas atas selain daripada kereta pasaran massa menggunakan lencana BYD.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mereka melancarkan tiga jenama baharu yang memfokuskan pada EV premium, Denza yang pada mulanya merupakan usaha sama dengan Mercedes-Benz, Fang Cheng Bao dan Yangwang yang paling mahal.

ARTIKEL LAIN

[Video] Supercar elektrik, YangWang U9 jalani ujian ‘top speed’ hingga brek merah berasap

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here