Syarikat Jepun ini tawar kit badan ala Purosangue untuk Toyota Crown Sport

16

Mungkin ramai di antara kita yang perasan terdapat persamaan rekaan yang wujud antara Ferrari Purosangue dan Toyota Crown Sport yang jauh lebih murah.

Untuk ‘merapatkan’ lagi jurang yang wujud antara kedua-dua buah model tersebut, sebuah syarikat penala Jepun Aero Over kini menawarkan kit badan kustom ala Purosangue untuk para pemilik Crown Sport.

Honda

Pakej kit badan tersebut merangkumi padanan splitter depan serta diffuser belakang yang diperbuat daripada bahan gentian karbon.

Selain itu, terdapat juga tetapan empat muncung ekzos, set angkup brek berwarna kuning, lencana seakan logo Ferrari, set roda serba baharu serta plastik hitam berkilat pada gerbang roda.

Lebih menarik, syarikat penala itu turut mempamerkan Crown Sport yang lengkap dengan kit badan tersebut bersebelahan dengan Ferrari Purosangue yang sebenar di acara Tokyo Auto Salon 2025.

Pakej naik taraf kosmetik itu kini mula dijual di pasaran Jepun, dan senarai harga barangan adalah seperti berikut:
-splitter depan + diffuser belakang: ¥250,000 (RM7,131)
-muncung ekzos kustom: ¥250,000 (RM7,131)
-emblem: ¥8,500 (RM242)
-pelekat kustom: ¥2,000 (RM57)

Di Jepun, Toyota menjual model Crown Sport dengan harga bermula dari ¥5,900,000 (RM168,301).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here