Sebagai pasaran kereta kedua terbesar dunia dengan jualan tahunan melebihi 15 juta unit setahun, Amerika Syarikat (AS) menerima pelbagai model merentasi segmen.
Bermula dari harga rendah, pertengahan, tinggi, segmen kecil sehingga besar, termasuklah unit ultra mewah dalam jumlah terhad.Â
Jenama dari pelbagai negara turut dijual di sana sama ada Asia, Eropah mahu pun AS sendiri.Â
Dari sejumlah penawaran dan persaingan yang sengit, tentu menarik untuk mengetahui model yang diiktiraf sebagai kereta tahunan.
Di AS, Â Honda Civic hibrid dipilih sebagai Kereta Tahunan Amerika Utara (NACOTY) 2025!.
Usaha Honda menumpukan pada rangkaian kuasa hibrid menunjukkan hasil dan berbaloi.
Di pasaran AS, Civic tidak lagi ditawarkan dalam versi 1.5 VTEC Turbo yang mana pengguna diberi pilihan enjin 2.0 liter NA atau 2.0 liter hibrid dengan dua motor.
Di pasaran tempatan model hibrid dikenali sebagai e:HEV dan Honda Malaysia baru memperkenalkan versi facelift yang garang dan menawan.
Menariknya, Civic generasi ke-11 menerima anugerah NACOTY sebanyak dua kali, yang pertama adalah edisi 2022 dan kali empat untuk Civic.
Secara keseluruhan Honda menang tujuh kali anugerah Kereta atau Trak Tahunan Amerika Utara.
Ia melibatkan Civic edisi 2006, 2016, 2022 dan 2025, Ridgeline pada 2006 dan 2017 dan Accord pada 2018.
NACOTY memperakui kecemerlangan inovasi, ciri-ciri keselamatan, prestasi, teknologi, nilai dan kepuasan pemandu yang ditawarkan Civic.Â
Bermula pada 1994, seramai 50 wartawan automotif profesional dari AS dan Kanada dari penerbitan cetak dan elektronik menilai kenderaan.Â
Berada pada kedudukan teratas varian Civic (2025), Civic hibrid ditawarkan buat kali pertama dalam model sedan atau hatchback.
Pakej hibrid menghasilkan 200hp dan tork 314Nm yang menjadikan Civic Sport Hybrid dan Sport Touring Hybrid sebagai Civic paling berkuasa selepas Type R.
Bagi menambah perisa, Honda mengoptimumkan pemanduan dan pengendalian dengan penalaan khusus pada penyerap hentak dan pegas gegelung.
Tayar yang digunakan juga dibangunkan khas untuk Civic hibrid.
Civic hibrid mempunyai kadar kesenyapan dalaman dan keselesaan pemanduan paling tinggi di antara varian lain.Â
Ciri tersebut dicapai melalui pakej pengurangan bunyi termasuk Kawalan Bunyi Aktif pada semua varian Civic hibrid dan pengalun roda untuk Sport Touring.
Civic merupakan model Honda paling lama dan satu daripada tiga kereta penumpang terlaris di Amerika dalam tempoh lebih 52 tahun lalu.
Lebih daripada 15 juta Civic terjual di Amerika Utara sejak 1973.Â
Sistem hibrid yang menguasakan Civic turut tersenarai dalam anugerah 10 Enjin dan  Sistem Kuasa Terbaik Wards.
Pengiktiran pada 2024 merupakan tahun kedua berturut-turut untuk rangkaian kuasa hibrid-elektrik Honda.
Di pasaran tempatan, anda boleh menikmati teknologi hibrid melalui Civic e:HEV RS pada harga RM167,900 dan kekal seperti sebelum ini.