Untuk pertama kalinya, Toyota harus mengakui kekalahannya dengan jenama asal China, iaitu BYD dalam segmen kenderaan elektrik (EV).
Pada 2024, BYD menjual 2,223 unit EV atau naik 54 peratus dari tahun sebelumnya di Jepun. Manakala Toyota menjual 2,038 unit EV yang mana turun sebanyak 30 peratus.
Pertubuhan wakil jualan kereta Jepun melaporkan jualan EV di Jepun menyaksikan penurunan yang cukup drastis berbanding 2023.
Pada 2024, penjualan EV hanya mencapai 59,736 unit kenderaan, turun 33 peratus dari tahun sebelumnya iaitu penurunan pertama dalam tempoh empat tahun.
BYD mula memasuki pasaran Jepun pada 2023 menerusi jualan model Atto 3 dan Dolphin. Kemudian, sedan BYD Seal menyertai pasaran.
Tahun ini, pembuat kereta yang berpangkalan di Shenzhen itu akan melancarkan kereta keempatnya di Jepun menerusi model EV BYD Sealion 07.
PERKONGSIAN PASARAN EV MENURUN DI JEPUN
Perkongsian pasaran EV di Jepun turun sebanyak 2 peratus pada tahun lalu yang mana terendah dalam kalangan pasaran maju.
Walaupun jualan EV pasaran lain meningkat dengan lebih perlahan, keengganan Jepun untuk menggunakan EV semakin ketara.
Jualan EV pertama Toyota, crossover bZ4X meningkat 10 peratus kepada 1,012 kereta pada 2024 yang dijual pada harga JPY 5.5 juta (RM156,966) di Jepun.
Nissan Motor yang merupakan pemimpin pasaran di Jepun, menguasai sekitar 50 peratus segmen EV. Namun, penjualan Nissan Leaf turun 44 peratus menjadi 30,749 unit, angka terendah sejak 2021.
Jualan Sakura, EV Kei yang merupakan mobil mini ringan ikonik Jepun, turun 38 peratus menjadi 22,926 unit. Sementara itu, penjualan Leaf mengalami penurunan yang lebih banyak iaitu 48 peratus.
Antara jenama EV yang diimport, Tesla ialah peneraju pasaran yang jelas, dan BYD berada pada kira-kira 40 peratus daripada jualannya di Jepun.
Syarikat itu sebelum ini mengumumkan akan merancang untuk membuka 100 kedai di Jepun menjelang 2025.
ARTIKEL LAIN