Lori gerak tengah malam elak dikesan JPJ

71

Pemandu lori yang membawa muatan kayu getah berlebihan dikesan bergerak pada awal pagi untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

Taktik itu dikesan dalam operasi khas awal pagi tadi, apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita 10 lori membawa muatan berlebihan kayu getah di Jalan Naka, Pokok Sena.

Honda

Muatan berlebihan dalam lori berkenaan boleh mengundang bahaya sekiranya berlaku kemalangan kerana kayu getah terbabit boleh jatuh dan terkena pengguna jalan raya jika tidak diikat dengan baik.

Dalam operasi itu, seorang pemandu lori berusia 20 tahun mendakwa pernah disaman lima kali kerana tidak mempunyai lesen, selain membawa muatan kayu getah berlebihan.

Tinjauan dalam operasi itu mendapati, ikatan kayu juga tidak kukuh dan muatan berlebihan turut menyebabkan bahagian tepi lori pecah.

Ada lori didapati menggunakan tayar celup yang sudah merekah manakala cermin hadapan retak.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Stien Van Lutam, berkata, siasatan mendapati kebanyakan pemandu lori terbabit ereka mempunyai pelbagai kesalahan dan keluar malam bagi mengelak disaman JPJ.

Katanya, antara kesalahan dikesan ialah tidak mempunyai lesen, cukai jalan tamat tempoh, tiada insurans, kenderaan tidak diselenggara dengan baik, ubah suai kenderaan, penyenyap bunyi, tayar dan tiada mud flap.

“Sebanyak 118 saman dan 38 notis arah periksa dikeluarkan dalam operasi ini manakala 10 lori disita.

“Mereka dikesan bergerak pada tengah malam dan awal pagi untuk mengelak disaman kerana menjangkakan ketika itu tiada penguatkuasaan dilakukan JPJ.

“JPJ melakukan rondaan tanpa mengira waktu untuk memastikan kenderaan mengikut peraturan ditetapkan,” katanya.

Stien berkata, pihaknya akan meneruskan operasi sedemikian dan memfokuskan kenderaan berat susulan banyak kemalangan melibatkan kumpulan itu.

Operasi bermula jam 12 tengah malam itu berakhir pada jam 7 pagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here