Utama Berita Automotif China lancar Honda NS150GX, skuter kombinasi PCX dan ADV

China lancar Honda NS150GX, skuter kombinasi PCX dan ADV

7

Honda PCX160 merupakan skuter paling popular di Jepun. Skuter itu menarik perhatian tahun lalu apabila model 2025 diumumkan dengan reka bentuk dan ciri peralatan baharu sepenuhnya.

Baru-baru ini, satu lagi model baharu yang dikeluarkan di China mirip dengan Honda PCX menggunakan nama NS150GX.

Honda

Honda NS150GX merupakan keluaran Sundiro Honda, Shanghai yang menghasilkan komponen alat ganti bagi Super Cub serta model unik di China.

Walaupun NS150GX menggunakan enjin 150cc, perincian rim, silencer, suspensi dan komponen lain sama dengan PCX.

Muka depan skuter pasaran China itu menggunakan dua lampu depan sama seperti PCX namun rekaan lensa berbeza bersama lampu nyala siang (DRL). Penggayaan skuter pasaran China itu lebih mirip ADV 160 dengan fairing sisi lebih lebar.

Kemudian, ia dilengkapi dengan visor berasingan. Lebih menarik varian tertinggi dipasangkan kamera di bahagian depan iaitu di bawah visor. 

Honda NS150GX turut memiliki ciri peralatan setanding model baharu PCX termasuklah sistem penghidup ‘keyless’, dua port pengecas, meter LCD TFT, pemantauan angin tayar, Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran dan Kawalan Traksi.

Seperti PCX 160 terbaru, ia juga sudah dilengkapkan dengan Honda RoadSync yang boleh mengakses fungsi navigasi, telefon, muzik, mesej, hingga perintah suara. 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here