Sepanjang tahun 2024, sebanyak 31.4 juta unit kenderaan telah terjual di pasaran China, dengan peningkatan sebanyak 4.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2023.
Menurut data daripada China Association of Automobile Manufacturers, jualan kenderaan penumpang meningkat 13.6 peratus pada bulan Disember yang didorong oleh promosi rebat trade-in yang ditawarkan oleh pengeluar.
Sebanyak 51 peratus daripada jumlah kenderaan baharu tahun 2024 terdiri daripada kenderaan berenjin petrol dan diesel, di mana segmen tersebut mencatatkan penurunan sebanyak 17 peratus kepada 11.6 juta unit.
Segmen kenderaan plug-in hybrid (PHEV) pula berjaya mencatatkan pertumbuhan yang signifikan dalam tempoh yang sama, di mana ia berjaya menarik generasi kedua pengguna kenderaan elektrik yang masih lagi ragu-ragu untuk memiliki EV tulen.
Sementara itu, jumlah eksport kenderaan penumpang China juga meningkat hampir 20 peratus kepada hampir lima juta unit kenderaan.
Daripada jumlah tersebut, 1.28 juta unit terdiri daripada kenderaan tenaga baharu termasuklah kenderaan elektrik (EV), kenderaan sel bahan api (FCEV) dan kenderaan PHEV, dengan peningkatan 6.7 peratus berbanding tahun 2023.