Mazda perlihat model konsep CX-60 Rally di TAS 2025

6

Mazda nampaknya memilih acara Tokyo Auto Salon 2025 sebagai platform rasmi untuk memperkenalkan sub-jenama berprestasi tinggi Mazda Spirit Racing.

Selain daripada MX-5 Miata 12R yang menerima peningkatan kuasa, Mazda juga memperkenalkan sebuah lagi model konsep yang bukan sebuah kereta sports, tapi sebuah SUV.

Honda

Memperkenalkan, Mazda CX-60 Rally Concept.

Secara asasnya, tidak banyak perubahan yang dibawakan pada SUV ini, melainkan dengan skid plate depan dan belakang, kehadiran spoiler belakang yang besar, skup udara bumbung, kemasan hitam berkilat, emblem Mazda Spirit Racing dan tetapan empat muncung ekzos.

Selain rim aloi hitam bersaiz 20 inci, Mazda CX-60 Rally ini juga dilihat lebih rapat ke lantai, mungkin sekali dengan tetapan suspensi yang lebih rendah.

Keseluruhan panel badan SUV ini diberikan balutan wrap kusam berwarna kelabu sebelum dikemaskan dengan grafik jalur perlumbaan berwarna jingga pada fender hadapan dan logo R di bahagian sisi.

Ruang kabin CX-60 Rally ini didatangkan dengan tempat duduk bucket Recaro, abah-abah enam poin, sangkar keselamatan dan kemasan bahan Alcantara dan balutan kulit hitam.

Mazda CX-60 Rally ini dikuasakan oleh enjin hibrid ringan Skyactiv-D 3.3 liter berkuasa 251 hp dan daya kilas 550 Nm yang memacu empat roda menerusi transmisi automatik lapan-kelajuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here