Aveta Malaysia rasmi lancar Vanguard 250, harga mula RM14,888

26

Aveta Malaysia rasmi memperkenalkan skuter adventure Vanguard 250 ke pasaran tempatan yang mana akan mula berada di pusat jualan bermula Februari. 

Pasaran Malaysia menerima dua pilihan varian iaitu :

Honda

  • Vanguard 250 Standard yang tersedia dengan warna Nano Grey : RM14,888
  • Vanguard 250 SE dengan pilihan warna Majestic Green dan Titanium Grey : RM16,388

*Sebagai promosi pengenalan eksklusif, 200 unit pertama yang didaftarkan akan menikmati harga istimewa hanya RM14,488 (Standard) dan RM15,988 (SE). 

Skuter adventure tersebut dilengkapi dengan enjin 244.2cc SOHC penyejukkan cecair silinder tunggal yang menghasilkan kuasa 24.8hp @ 8,500rpm dan tork 22.5Nm @ 6,500rpm bersama transmisi CVT.

Dibina berasaskan platform Piaggio Nexus 250 yang terkenal dengan ketahanan, Vanguard 250 dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api (EFI) elektronik Bosch.

Vanguard 250 mencipta definisi baharu dalam segmen ATC (Adventure-Touring-Crossover) yang mana telah menjalani ujian enduran sejauh 20,000km merentasi pelbagai jenis jalan daripada laluan berbatu hingga lebuh raya di semenanjung. 

Varian Vanguard 250 Special Edition (SE) didatangkan dengan ciri peralatan tambahan seperti :

  • Skrin TFT dengan ketersambungan telefon pintar menggunakan pencerminan (mirroring)
  • Kamera perakam pada bahagian depan yang mana video boleh diakses melalui telefon menerusi aplikasi 
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS) yang boleh dihidup atau dimatikan mengikut keperluan
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
  • Suspensi fork teleskopik hidraulik 37mm (depan) dan dua tabung gas shock absorber (belakang)
  • Menggunakan tayar bersaiz 120/70 R15 (depan) dan 140/70 R14 (belakang)

Sementara versi Standard menggunakan suspensi fork teleskopik hidraulik 33mm di depan dan dua shock absorber di belakang bersama tayar bersaiz 120/70 R14 (depan) dan 140/60 R13 (belakang) serta dilengkapi dengn skrin LCD.

Kedua-dua varian didatangkan dengan brek cakera 260mm dan 4-kaliper piston (depan) serta brek cakera 240mm dan 2-kaliper piston (belakang).

Ciri peralatan lain yang ditawarkan adalah  tangki minyak bersaiz 13 liter, ruang simpanan bawah pelana 23.5 liter, skrin pengadang angin dan bar hendal boleh laras, soket pengecas USB jenis A, pencahayaan pada punat hendal, Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran dan sistem kunci keyless.

Pesaing kepada WMoto XDV 250i ini memiliki panjang 2,120mm, lebar (790mm), tinggi (1,345mm) serta jarak roda 1,535mm dan jarak kelegaan tanah 160mm.

Kedua-dua varian hadir dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km, bergantung kepada yang mana tiba dahulu.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here