Dua beranak cedera kereta dihempap pokok tumbang

13

Dua beranak cedera apabila kereta dinaiki dihempap pokok tumbang berhampiran bangunan pejabat di Jalan Pudu-Bukit Bintang di sini, hari ini.

Wanita berusia 39 tahun dan anak perempuan berusia 15 tahun yang terperangkap dalam kereta Honda City diselamatkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Honda

Komander Operasinya, Md Izzat Ahmad berkata, Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian pada jam 10.44 pagi.

Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah serta Pudu membabitkan kekuatan 15 anggota dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan yang tiba di lokasi memaklumkan terdapat pokok tumbang menghalang jalan raya dan menghempap sebuah kereta.

“Kejadian membabitkan dua mangsa iaitu seorang wanita dan seorang remaja perempuan mengalami cedera ringan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.

Katanya, bomba dibantu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kemudian menjalankan kerja pembersihan dan memotong pokok yang menghalang laluan.

ARTIKEL LAIN

Dua warga China maut, Perodua Aruz dihempap pokok tumbang

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here