Bapa maut, anak cedera kemalangan lori balak dan pasir

21

Seorang pemandu lori maut manakala kelindan iaitu anaknya cedera selepas lori muatan balak dipandunya terlibat kemalangan di KM37 Jalan Tampin-Gemas pada awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, kejadian jam 6 pagi itu melibatkan dua buah lori iaitu jenis Man, muatan pasir dan Volvo muatan kayu balak yang dinaiki dua beranak berkenaan.

Honda

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa lori pasir dipandu seorang lelaki dari arah Jelai mahu ke Melaka.

“Apabila sampai di lokasi, lori pasir berhentikan kenderaannya di persimpangan dan mahu membelok ke kanan untuk masuk ke jalan utama namun semasa membelok, tiba-tiba datang sebuah lori muatan kayu balak dipandu mangsa dari sebelah kanan jalan utama melanggar bahagian kanan lori pasir tersebut,” katanya.

Jelasnya, akibat pelanggaran itu, pemandu lori kayu balak usia 62 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi manakala kelindan alami cedera ringan di kaki kanan.

“Sementara itu, pemandu lori pasir tidak cedera dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Orang ramai mempunyai maklumat kemalangan jalan raya terbabit diminta tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4412502 atau hubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Aqwa bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih diteruskan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here