[Video] Tular pelanggan tampar pekerja Puspakom

8

Sebuah video tular di platform X memaparkan seorang pelanggan bertindak menampar kakitangan Puspakom.

Menurut perkongsian tersebut kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Johor Bahru. Dikatakan pelanggan berkenaan bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemeriksaan.

Honda

“Katanya punca kena lempang sebab staf Puspakom gagalkan pemeriksaan lori pelanggan yang tak mencapaikan spesifikasi standard.

“Kesian Puspakom, diancam dengan kekerasan. Bila jadi apa-apa kat jalan raya dikecam netizen,” tulis kapsyen hantaran itu.

Berdasarkan video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV), warga emas yang memakai baju berwarna kuning itu memanggil kakitangan berkenaan sambil menunjukkan sekeping kertas.

Ketika kakitangan tersebut meneliti kertas berkenaan, warga emas itu bertindak menampar pemuda tersebut sehingga membuatnya terkejut.

Kemudian, dua lagi kakitangan Puspakom menghampiri pelanggan tersebut dan menenangkannya keadaan sambil melihat keputusan pemeriksaan tersebut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here