Video pelanggan tampar kakitangan Puspakom berlaku November lalu

41

Polis mengesahkan video tular memaparkan seorang lelaki bertindak menampar seorang kakitangan Puspakom di Taman Daya di Johor Bahru berlaku November lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dalam kenyataan berkata pihaknya menerima video itu kira-kira 3 petang semalam menerusi satu pautan di aplikasi X.

Honda

Beliau berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 5.40 petang pada 18 November lalu melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun yang merupakan pelanggan Puspakom.

Suspek katanya telah bertindak menampar seorang lelaki berusia 28 tahun selepas mendapati lorinya gagal dalam pemeriksaan kenderaan yang dijalankan mangsa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan video berkenaan di media sosial bagi mengelakkan salah faham atau spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd. Syahriezam Shamri di talian 014-8028427,” katanya.

ARTIKEL LAIN

[Video] Tular pelanggan tampar pekerja Puspakom

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here