Pekerja baru rembat Kawasaki Ninja ZX-6R, salin komponen asli

361

Seorang pengguna TikTok Shanina Razman berkongsi kakitangan yang bekerja tidak sampai sebulan dengannya mencuri Kawasaki Ninja ZX-6R miliknya, baru-baru ini. 

Jelasnya sportbike yang merupakan hadiah hari jadi itu seharusnya digunakan untuk sesi bergambar.

Honda

Menurutnya suspek yang juga merupakan pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) itu pernah meminta kebenaran untuk meminjam sportbike tersebut.

@sharinarichie

Hadiah birthday 2025 , kawasaki 636😭

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

“Hadiah hari jadi saya tahun ini, motor Kawasaki 636 saya kena curi. Ada satu budak ni, datang minta kerja kat saya, tak sampai sebulan. Resume memang imppresive. Tahu-tahu datang dengan niat nak rembat motor saya.

“Mula-mula dia mintak pinjam, saya cakap tak boleh, petang tanya lagi..saya cakap tak boleh..malam tanya lagi..saya cakap tak boleh. Dahla lesen motorpun takda,” katanya pada video tersebut.

SALIN BARANG MOTOR

@sharinarichie

Pencuri motor kawasaki 636 dah ditangkap. Terima kasih semua yang membantu. 🫡 @85 GARAGE @D.Zaidi @AdibZizan @Afifah Richie

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Shanina menunjukkan video pemuda berkenaan menolak keluar motosikalnya pada jam 4 pagi. 

“Dua tiga hari motor saya hilang, tak jumpa. Motor tu saya kena pakai untuk shooting jadi saya hantar budak-budak dari Garage Motor, cari kat serata Perak mana hilang motor saya.

“Nasib baik team Garage Motor jumpa motor ni dekat satu bengkel. Motor saya, dah kemalangan. Barang semua dah hancur, dan paling penting, salin barang. Saya tak tahu barang original saya semua pergi mana,” ujarnya kecewa.

Dia yang juga merupakan drifter menyatakan pekerjanya itu turut mencuri helmet muka penuh KYT. 

Berdasarkan perkongsian Shanina, kedua-dua tayar asli miliknya digantikan dengan tayar botak di bahagin depan bahkan madgad ZX-6R berkenaan juga hilang.

Bagaimanapun, suspek telahpun ditahan 15 Januari yang lalu dan direman untuk siasatan.

Jelas Shanina walaupun motosikal telah ditemui kini dia perlu mengeluarkan belanja yang besar bagi restorasi.

“Ekzos calar dan fairing patah, coverset pecah, rim bengkok, sensor ABS rosak, madgad hilang, tayar depan belakang diganti cap ayam…step seterusnya saya kena repair motor ini,” jelasnya.

@sharinarichie

Org ingat kita ni hidup senang, dia taktahu kita kerja siang malam. Usaha diri sendiri bukan mudah, kami bukan kerabat2 😂 @85 GARAGE @D.Zaidi

♬ original sound – Sharina Richie – Sharina Richie

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here